Wednesday, December 17, 2014

PERANAN GURU DALAM IMPLEMENTASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DALAM KELAS


oleh : Hanifa Indriana


Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini berarti guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeda dari segi kemampuan mereka. Hal ini memerlukan keahlian guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini berarti, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau ide dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktivitas-aktivitas yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadikan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktivitas harus mampu mempengaruhi intelektual, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang proses mengajar, aktivitas-aktivitas yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktivitas yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi pengaruh besar terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelektual, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Dalam merancang aktivitas mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelancaran serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Di antara kaedah dan teknik yang bisa digunakan oleh guru ialah :
Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
Kaedah oudioligual
Kaedah kodkognetif
Kaedah projek

Penggunaan berbagai kaedah dan teknik akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jenuh dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik perlu dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalangi guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percobaan.

0 komentar:

Post a Comment