Oleh
: Khairul Arifin
Teori pembelajaran Behaviorisme
mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan
antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris
seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan
suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Dari perspektif behaviorisme,
pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu
rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif)
sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat
dibentuk dan dikekalkan.
Behaviorisme merupakan satu pendekatan
pemikiran yang menekankan peranan
pengalaman
dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses
penting
yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan
yang
membangkitkan
tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini
dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama
pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang
mengawal pembelajaran.
Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme
yang terkemuka, yang akan dibincangkan di sini
ialah
Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.
Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea
mereka tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh bahagikan sumbangan
mereka kepada 2 kategori :
1)pelaziman klasik : tokoh – Ivan
Pavlov dan J.B.Watson. 2)pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F.
Skinner. Di dalam pembincangan ini, fokus akan diberi kepada pelaziman klasik
dan diikutu dengan pelaziman operan.






0 komentar:
Post a Comment