Oleh
: Khairul Arifin
Aktiviti
pembelajaran bermula daripada pemerolehan ilmu yang baru. Bruner berpendapat bahawa
ilmu baru mungkin berasal daripada pengalaman sebelumnya, mungkin juga tidak berkaitan
langsung dengan pengetahuan yang sedia ada. Sebagai contoh, pelajarpelajar mungkin
telah mendapat gambaran konsep kitaran darah yang kabur dalam memberi penjelasan
tentang sistem kitaran; sementara pengenalan Hukum Newton pula bercanggah dengan
latar belakang ilmu pengetahuan yang bersifat sensori. Tidak kira bagaimana
hubungan yang wujud antara ilmu baru dan lama, pengetahuan yang sedia ada tetap
akan dipertingkatkan.
Selepas
memperoleh pengetahuan baru, pelajar juga mesti melakukan proses generalisasi dengan
menggunakan pelbagai cara supaya dapat disesuaikan dengan tugasan baru serta meningkatkan
jumlah ilmu yang diperoleh. Proses penilaian adalah untuk memastikan sama ada cara
generalisasi yang digunakan sesuai untuk tugasan (situasi) baru, ataupun
pengetahuan dapat diaplikasi dengan betul atau tidak. Oleh yang demikian,
penilaian juga meliputi proses menjustifikasikan rasionalisasi suatu ilmu.
Sebagaimana yang
diketahui, matlamat muktamad pembelajaran cadangan Bruner adalah untuk membina
struktur kognitif yang fleksibel dan terbuka (open-ended), untuk membolehkan struktur
ilmu suatu mata pelajaran diubahsuaikan kepada skema kognitif pelajar supaya
dapat diaplikasikan dalam situasi dan bidang yang lain Jadi, guru perlu
mengetahui jenis unsur yang diperlukan dalam pembentukan struktur kognitif
pelajar, menggunakan strategi yang berkesan untuk membantu pelajar memperoleh
ilmu, seterusnya memindah dan menilai terhadapnya.






0 komentar:
Post a Comment